Ya, soalan ini merupakan soalan WAJIB yang majikan akan tanya kepada anda semasa sesi temuduga berlangsung. Soalan ini adalah permulaan dalam sesi temuduga. Tujuan utama soalan ini ditanya adalah untuk kenal calon dengan lebih rapat lagi dan melihat tingkah laku anda sebelum mereka memilih anda sebagai pekerja di syarikat mereka. Hairan, soalan ni nampak macam mudah saja kan tapi kenapa ramai calon GAGAL menjawab dengan baik? Bukan sesenang seperti yang disangka jadi jangan begitu ambil mudah. Anda perlu tahu teknik yang betul dan teruskan praktis. Pasti boleh! Cuba tips ni pasti bakal majikan menyesal tak ambil bekerja.

  1. Tenang dan kawal rasa gemuruh

Andai kata ini merupakan kali pertama anda dipanggil ke temuduga, memang perasaan nervous atau gemuruh itu akan ada. Apa yang anda boleh lakukan adalah jangan terlalu layan perasaan gemuruh itu dan banyakkan senyum. Jika anda nampak terlalu serius semasa ditemuduga itu yang akan lebih menampakkan yang anda gemuruh dan kelihatan kaku pada masa yang sama. Senyum kepada panel penemuduga dan sentiasa ingat bahawa proses temuduga ini adalah proses yang normal sebelum menerima ‘orang baru’ masuk di sesebuah syarikat itu.

2. Gunakan teknik WAF

Apakah itu teknik WAF ini? Ini merupakan teknik ringkas dan padat dalam menjawab soalan ini. Perlu diingatkan dalam menjawab soalan tentang diri anda ini, tak perlulah anda cerita siapa nenek moyang anda, suka warna apa, makan apa dan benda-benda yang tak penting seperti itu. Ini hanyalah akan memakan masa yang panjang dan membuang masa mereka sahaja. Ringkaskan kepada apa yang mereka perlu tahu sahaja.

W-who

Kongsikan kepada mereka secara ringkas latar belakang diri anda. Pastikan anda tidak cerita terlampau panjang seperti maklumkan kepada mereka alamat rumah anda dan sebagainya kerana sudahpun tertulis dalam resume anda. Tak perlu ya, dan tak perlu juga maklumkan perkara yang tidak relevan dengan jawatan yang anda ingin mohon itu.

Contoh:

Saya Rameena dari Seremban. Pada hujung tahun lalu, saya baru sahaja menamatkan belajar dalam bidang XX di XX selama XX tahun.

Untuk latar belakang, cukup saja kenalkan nama anda dan kongsikan pada mereka andai baru sahaja tamat belajar atau sedang mencari pekerjaan baru. Tak perlu panjang kerana mereka sudah tahu berkenaan dengan latar belakang pengajian anda dalam resume.

A-Achievement/awards

Dalam segmen inilah yang anda perlu kongsikan dan betul-betul ‘jual diri’ anda supaya mereka nampak potensi anda berbanding calon yang lain. Ceritakan pencapaian dan anugerah yang anda pernah terima sebelum ini yang relevan dengan jawatan yang dimohon itu. Jika anda tidak pernah terima anugerah, kongsikan kepada mereka pengalaman anda dalam menguruskan sesuatu acara, program dan sebagainya. Itu pon merupakan satu pencapaian!

Contoh:

Saya mempunyai 2 tahun pengalaman sebagai pengurus acara dan menjadi leader atau ketua dalam program kebajikan seperti XX , sepanjang menguruskan program tersebut saya dapat keluar dari zon selesa saya untuk bercakap di khalayak ramai dan tampil lebih berani dan menguasai kemahiran public speaking dengan baik sekali”..

Ini contoh yang sesuai untuk graduan yang belum ada pengalaman bekerja. Ceritakan aktiviti anda semasa di Universiti yang dapat beri value kepada anda dan buat mereka tertarik dengan anda.

F-Fit

Kongsikan kepada mereka mengapa anda layak untuk jawatan itu. Ceritakan kebolehan dan bakat anda yang sesuai dengan jawatan itu. Jujur dengan diri anda sendiri.

Contoh:

Bersesuaian dengan kemahiran public speaking, copyediting dan juga designing yang saya miliki, saya ingin mengaplikasi kemahiran tersebut dalam jawatan ini. Saya juga bersedia untuk belajar dan mengeksplor yang lain jika diberi peluang untuk melakukan yang sedemikian. Dengan itu, saya pasti kemahiran dan kesungguhan seperti inilah yang diperlukan dalam jawatan ini.

Tak perlu panjang lebar, asal padat dan mudah difahami. Simpulkan kenapa anda layak dengan jawatan ini. Gunakan ayat anda sendiri dan banyakkan praktis.

Sepanjang sesi perkenalkan diri anda itu, pastikan tidak lebih dari 5 minit kerana ini akan menimbulkan rasa bosan penemuduga dan hilang fokus dengan cerita anda. Pastikan anda sudah rangka terlebih dahulu apa yang anda ingin mereka tahu tentang anda bersesuaian dengan jawatan yang dimohon itu.

3. Yakin dengan diri anda sendiri

Semua orang ada kelebihan dan kekurangan diri masing-masing. Terus maju untuk perbaiki kelemahan anda dan dalam masa yang sama, mantapkan kelebihan yang anda miliki itu. Itulah yang membuat anda unik dan lain. Percaya dan yakin pada diri anda sendiri yang anda pasti boleh melakukannya!

Nak tahu tips kerjaya dengan lebih lanjut?

Join Telegram Bina Kerjaya Berjaya di https://web.telegram.org/k/

MASIH KELIRU NAK KERJA APA NANTI?

PRE-ORDER EBOOK CHECKLIST KERJAYA GRADUAN KINI DIBUKA! UNTUK TEMPAHAN, SILA DAFTAR DI LINK DI BAWAH:

ttps://www.empirekerjaya.com/wlckg/

Share This Story, Choose Your Platform!