Kerja part-time bukanlah satu perkara yang asing di kalangan mahasiswa dan juga mahasiswi dan mereka bekerja part-time atas faktor tertentu. Ada yang bekerja part-time kerana bagi menampung perbelanjaan yuran pengajian mereka, ada juga yang bekerja hanya disebabkan minat mereka dalam membuat bisnes tidak kiralah apa jenis bisnes yang dilakukan. Pelajar yang bekerja part-time ini semestinya seorang yang mempunyai semangat, kegigihan dan usaha yang tinggi. Bukan mudah untuk bekerja sambil belajar kerana ia memerlukan disiplin yang tinggi
dan juga komitmen dalam melakukannya. Pengurusan masa perlu dibahagi dengan betul supaya prestasi akademik tidak terganggu.
JOM DAFTAR PERCUMA BOOTCAMP SAYA NAK KERJA SIRI 2
18 DISEMBER 2021
https://megatsyafferizul.onpay.my/order/form/bootcampsnk
Sungguhpun begitu, tidak menjadi satu masalah yang besar jika pelajar ingin bekerja part-time akan tetapi, anda harus bijak menguruskan wang yang anda peroleh setelah gaji masuk. Bagi mereka yang sudah lama bekerja part-time, mungkin menguruskan wang bukanlah sukar tetapi bagi mereka yang baru sahaja bekerja part-time akan merasakan mengapa begitu mudah duit berkurangan setelah mendapat gaji yang pertama. Dalam tidak sedar, dalam jangkamasa satu bulan, duit gaji anda sudah lesap kerana tiada kawalan dalam perbelanjaan.
Awas! jika perkara ini berlaku anda tergolong dalam kategori boros dan tidak reti berjimat-cermat! Benar, duit bukanlah segalanya tapi anda perlukan duit untuk segalanya. Setuju? Tidak mengapa, jika anda seorang yang boros sekarang pastikan anda bukan lagi seorang yang boros pada masa akan datang selagi anda mampu
mengubah sikap anda dalam berbelanja dan sentiasa beringat.
1- Keperluan vs Kemahuan
Perkara ini mungkin nampak mudah tetapi tidak ramai yang mampu melakukannya. Apa yang membezakan keperluan dan juga kemahuan ini? Ada yang mengatakan jika kita memerlukan sesuatu. Keperluan memang suatu yang diperlukan, tapi kemahuan biasanya apa yang kita inginkan tetapi bukan suatu yang kita perlu, bukan suatu yang penting. Misal kata, keperluan anda sebagai seorang pelajar adalah membayar dan anda mahu bayar yuran. Yuran pengajian merupakan suatu yang perlu anda laksanakan supaya mematuhi peraturan universiti dan dan tidak dikenakan tindakan dari pihak universiti. Kemahuan bermaksud anda hanya inginkan suatu tetapi tidak semestinya ia penting seperti barang solek anda.
Pengurusan bajet amat penting dalam membezakan diantara keperluan atau kemahuan sebelum berbelanja. Katakanlah, gaji anda RM300 sebulan, anda perlu simpan 10%-15% atau lebih duit ini selagi bukan dalam keadaan darurat untuk menggunakannya. Jangan menggunakan duit yang anda simpan itu jika anda mahukan perbelanjaan yang teratur. Jika gaji part-time anda RM300 sebulan, mungkin untuk permulaan anda boleh cuba untuk menyimpan 10% daripadanya iaitu RM30 jika bajet anda kurang. Pepatah mengatakan sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
2- Belajar pratikkan gaya hidup yang sederhana
Bila masuk alam universiti ini, semestinya pelbagai jenis kawan yang anda akan jumpa. Ada yang kaya dan hidup mewah, ada yang sederhana dan ada juga yang kurang berkemampuan. Jadi diri anda sendiri dan jangan terikut-ikut kawan yang boros berbelanja. Jangan malu jika anda kurang berkemampuan seperti rakan anda yang lain, anda harus usaha mencari duit bukan boros belanja untuk perkara yang tidak penting. Ada kalanya anda perlu reward diri anda sendiri setelah penat-lelah dalam belajar. Misalnya, anda belanjakan untuk diri anda pakaian yang berjenama sebagai suatu puasan untuk diri anda atau makan makanan yang mewah. Biarlah berpada-pada dan janganlah sampai mengikat perut hanya disebabkan anda ingin orang sentiasa lihat anda sebagai seorang yang ‘berada’ sedangkan anda hanya seorang yang ‘acah-acah ada sahaja’.
3- Gunakan kad pelajar anda dengan sebaiknya
Kad matrik atau kad pelajar anda boleh memberikan banyak manfaat kepada anda dan bukan hanya sekadar kad yang anda gantungkan di leher anda sepanjang berada di kampus. Anda boleh gunakan kad pelajar ini untuk mendapatkan harga diskaun. Contohnya, sekiranya anda ingin menonton wayang anda boleh dapat hanya RM10 (Tgv) dan RM 7.50-RM11 (GSC) bergantung pada tempat. Rugi kalau tak guna kan? Jadi, gunalah sebaiknya sementara anda masih bergelar pelajar.
JOM DAFTAR PERCUMA BOOTCAMP SAYA NAK KERJA SIRI 2
18 DISEMBER 2021