Red And Yellow Citrus Fruits on Brown Plate

Adakah anda seorang penggemar buah-buahan? Tahukah anda setiap buah-buahan mempunyai khasiatnya tersendiri? Badan manusia memerlukan nutrisi yang secukupnya dan berkhasiat untuk proses permbesaran dan juga
memberikan tenaga kepada diri kita dalam melaksanakan pelbagai aktiviti. Buah-buahan ini boleh menjadi pengganti kepada pencuci mulut yang tidak begitu khasiat seperti kek, puding, manisan dan juga kuih-muih. Kurangkan
pemakanan yang mengandungi kandungan gula yang terlalu banyak dan mulakan makan buah-buahan sebagai pencuci mulut anda dan juga sebagai snek anda. Mengapa perlu makan buah-buahan? Adakah penting sangat untuk
makan buah-buahan ini?

1) Mengandungi fiber (serat)

Setiap buah mempunyai kebaikan dan khasiat masing-masing. Secara umumnya, buah mengandungi kandungan fiber atau serat dimana ia dapat membantu merendahkan kandungan kolestrol dalam badan anda dan membantu proses
pencernaan atau penghadaman dengan lebih berkesan. Ini bermaksud anda akan kurang mendapat risiko sembelit iaitu kesukaran dalam membuang air besar disebabkan kandungan serat yang berada di dalam buah itu. Antara buah yang mempunyai kandungan serat yang tinggi adalah seperti buah epal, pir, beri hitam dan semua jenis buah beri.

2)Mengandungi Vitamin C

Vitamin C sangat penting untuk kulit yang sihat. Jika anda lihat mereka yang mempunyai kulit yang sihat dan cantik semestinya amat menitikberatkan kandungan Vitamin C dalam pemakanan mereka. Selain membantu memberi kesan yang cantik dan sihat pada kulit, Vitamin C juga dapat membantu dalam mengekalkan gigi dan gusi yang cantik kerana Vitamin C dapat menyokong sistem imunisasi seseorang itu. Buah yang mengandungi Vitamin C adalah seperti buah oren.

3)Mengandungi Potasium yang tinggi

Kandungan Potasium yang tinggi dapat membantu dalam mengekalkan tekanan darah yang stabil sejurus mengimbangi cairan di dalam badan. Badan manusia ini perlu dijaga dengan sebaiknya kerana segala tenaga yang dihasilkan adalah dari pemakanan yang dimakan dan juga aktiviti-aktiviti yang dilakukan. Pisang, jambu batu, jambu air dan mangga merupakan antara buah-buahan yang tinggi kandungan Potasiumnya.

4) Antioksidan yang tinggi

Antioksidan merupakan molekul yang dapat melawan radikal bebas di dalam badan. Jika kandungan radikal di dalam badan anda terlalu tinggi, penyakit kronik seperti kanser akan menyerang anda tidak kiralah berapa usia anda. Selain itu, antioksidan ini juga penting dalam menghasilkan kulit yang sihat dan berseri. Apakah buah yang mengandungi antioksidan ini? buah plum, prun dan beri merupakan buah yang anda boleh makan bagi mengekalkan kecantikan luaran dan juga dalaman.

5) Diet yang baik

Buah-buah perlu diletakkan dalam senarai makanan seharian anda tidak kiralah pada waktu sarapan, tengahari atau malam. Tiada waktu yang spesifik untuk makan buahan kerana badan anda memang memerlukan tenaga dari buahan setiap masa. Jangan menjadikan satu alasan jika anda tidak memakan buahan hanya disebabkan anda tidak menyukai rasanya atau anda menganggap buah mestilah dimakan pada waktu yang spesifik sahaja. Kandungan kalori yang rendah dalam buahan membantu diet yang seimbang.

6)Mengurangkan risiko penyakit kronik

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, buahan mengandungi kandungan-kandungan yang dapat membantu mengurangkan tekanan darah. Sebuah kajian telah mendapati bahawa pengambilan buah-buahan yang banyak dapat mengurangkan risiko penyakit kronik seperti kencing manis (diabetes melitus), kanser dan sakit jantung.

7) Otak yang cerdas

Pada tahun 2012, satu kajian dari America Chemical Society menyatakan bahawa bukti saintifik terbukti di dalam beri hitam dan semua jenis beri dimana dapat membantu dalam pembentukan memori yang baik. Oleh itu, terbuktilah dengan makan apa jua jenis buah pon sudah tentu terdapat manfaat dan kebaikan dari buah itu sendiri. Jika anda bukanlah penggemar buah-buahan, anda perlu berlatih mengajar diri anda supaya mengamalkan pemakanan yang sihat agar badan anda berterima kasih kepada anda dan mengelakkan daripada penyakit yang tidak diingini.

Nak tips kerjaya lagi? Jom join telegram Bina Kerjaya Berjaya

https://t.me/binakerjayaberjaya

Share This Story, Choose Your Platform!