Media sosial menjadi suatu perkara yang amat diperlukan terutamanya bagi mereka yang membuat bisnes secara kecilan. Mengapa media sosial penting? Untuk ketahui lebih lanjut mari baca artikel ini sehingga habis. Kini, lebih dari 3 billion pengguna sosial media di seluruh dunia dimana menunjukkan bahawa media sosial amat penting dalam menjalani kehidupan seharian kita dalam mendapatkan informasi terkini dunia serta mengikuti perkembangan yang ada dalam pelbagai sudut.
Menurut Sherpa Marketing, pengguna media sosial ini kebanyakan daripada mereka mengikuti jenama-jenama terkenal di akaun mereka berbanding mengikuti selebriti terkenal. Di media sosial seperti Instagram, 80 peratus daripada pengguna media sosial mengikuti sekurang-kurangnya satu bisnes akaun. Jika anda bukan tergolong dalam kalangan mereka yang tegar bermedia sosial, maka anda tidak merasa kenikmatan cara yang efektif dalam alternatif mengembangkan bisnes anda.
1. Meningkatkan kesedaran jenama
Dengan hanya separuh daripada populasi dunia yang menggunakan platform media sosial ini, ini yang lebih memudahkan mereka untuk mendapatkan pelanggan yang berpotensi dengan hanya melalui media sosial. 60 peratus dari pengguna media sosial mengakui bahawa mereka menjumpai produk baru yang mereka inginkan hanya melalui Instagram. Misalnya, apabila Absolut Vodka mengiklankan produk edisi terhad mereka iaitu botol berjenama ‘Spark’, mereka mendapati bahawa syarikat tersebut telah memperoleh 5 mata kenaikan dalam kesedaran jenama.
JOM SEMAK RESUME
2. Membantu meningkatkan jenama dalam dunia sebenar
Kajian dari United Kingdom mendapati bahawa lebih dari separuh dewasa mula meletakkan kepercayaan keatas sesuatu jenama sehingga mereka melihat ‘bukti dunia sebenar’ sepertimana yang telah dijanjikan oleh jenama tersebut. Setelah melihat perkara seperti itu, mereka lebih bersikap terbuka terhadap jenama tersebut dan boleh menerima secara peringkat demi peringkat. Sebagai contoh, bagi produk kecantikan atau kosmetik, anda harus menampilkan testimoni pelanggan anda setelah memakai produk tersebut bagi membuktikan keberkesanan produk tersebut. Adakah produk tersebut dapat membantu mengurangkan masalah kulit seperti jerawat, jeragat dan sebagainya. Perkara seperti ini diperlukan bagi membantu menarik lebih ramai pelanggan untuk mengambil peluang perkidmatan
anda.
3. Meningkatkan trafik laman sesawang
Media sosial post dan juga iklan merupakan salah satu cara yang terbaik dalam meningkatkan kadar trafik di laman seswang anda. Trafik laman seswang ini membawa maksud segala konten dan pengisian
yang dikongsikan kepada umum melalui blog atau laman sesawang ke media sosial secara tidak langsung membantu pengguna media sosial untuk mendapat notifikasi secara langsung setelah anda membuat
posting di akaun media sosial anda.
JOM SEMAK RESUME
Twitter: https://twitter.com/EmpireKerjaya