Dari kecil lagi kita diajar supaya mengamalkan minum air putih atau dalam bahasa pasarnya disebut sebagai air masak. Penting sangatkah meminum air masak ini? Perlukah minum air masak ini setiap hari? Tetapi bukan semua orang menggemari minum air masak ini kerana rasanya yang tidak menarik, tidak mempunyai rasa yang manis. Jika anda sudah bergelar ibu bapa, anda perlu mengajar anak anda minum air masak sejak kecil lagi supaya mereka terbiasa dengan cara pemakanan yang sihat. Kebiasaannya, kanak-kanak memang agak sukar untuk minum air masak tetapi jika diajar bukanlah suatu yang mustahil untuk dilakukan. Bukan sahaja kanak-kanak, malah orang dewasa juga ada yang sukar untuk mengamalkan minum air putih. Mengapa begitu penting bagi kita untuk minum air masak
ini? Pasti anda menyesal jika tidak mengamalkan minum air kosong sejak awal lagi setelah membaca manfaat air masak ini.

1) Mengimbangi suhu badan

Pentingnya untuk sentiasa kekal terhidrat dengan minum air kosong secukupnya bagi mengimbangi suhu badan anda. Badan manusia memerlukan 75% air bagi membantubadan bertenaga dalam menjalankan aktiviti harian. Pengurangan air dalam badan boleh berlaku apabila peluh keluar dari badan semasa melakukan aktiviti fizikal atau keadaan
persekitaran yang terlalu panas. Peluh yang keluar dari badan itu memberikan kesan sejuk kepada badan anda, tetapi suhu badan anda akan meningkat jika anda tidak menambah semula kehilangan air dari badan anda itu. Ini disebabkan badan anda telah kehilangan elektrolit dan juga plasma apabila berlakunya dehidrasi. Jika anda mengalami peluh yang
agak teruk dari biasa, air masaklah yang menjadi penyelamat dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi bagi mengelakkan dehidrasi.

2) Melindungi tisu, sendi dan juga saraf

Pengambilan air masak yang secukupnya dapat membantu mengurangkan ketidakselesaan seperti yang berlaku pada pesakit yang mengalami arthritis sejurus membantu anda untuk melakukan aktiviti seharian anda dengan lebih berkesan dan efektif.

18 DISEMBER INI!

BOOTCAMP SAYA NAK KERJA VOL 2

3000 TIKET PERCUMA!

https://www.empirekerjaya.com/bootcampsnk

3) Menyingkirkan bahan buangan

Badan anda menggunakan air yang banyak apabila berpeluh, membuang air kecil (kencing). Oleh itu, bagi meningkatkan cecair di dalam badan, anda perlu minum air kosong secukupnya. Minum air kosong secukupnya memberikan kesihatan kepada badan anda dan dapat mengurangkan sembelit iaitu kesukaran untuk membuang air besar. Selain itu, pengambilan air yang banyak juga dapat membantu buah pinggang anda berfungsi dengan lebih efisien lagi. Apabila buah pinggang berfungsi dengan baik, penyakit buah pinggang dapat dielakkan
sebagai contohnya batu karang.

4) Membantu meningkatkan aktiviti fizikal

Person Holding Barbell

Dengan minum air dalam kadar yang secukupnya terutama sekali apabila melakukan aktiviti fizikal yang lasak. Jika dilihat, ahli sukan atau atlet, mereka perlu minum air kosong lebih banyak lagi berbanding bukan ahli sukan iaitu sehingga 10 peratus daripada berat badan ketika aktiviti fizikal dilaksanakan.

5) Membantu proses penghadaman makanan

Kajian membuktikan bahawa minum air kosong sebelum, semasa dan juga selepas pengambilan makanan dapat membantu dalam penghadaman dan mencerna makanan tersebut dengan lebih efektif dan lebih mudah. Badan manusia akan menyesuaikan dirinya dengan perubahan konsistensi makanan tersebut sama ada lebih pejal atau cecair.

20 peratus daripada pemakanan mengandungi air dan selebihnya bergantung kepada air yang diminum sama ada air kosong atau air manis. Kandungan pengambilan air bagi lelaki dan perempuan sememangnya berbeza
mengikut tahap metabolisme. Lelaki disarankan untuk minum air kosong sebanyak 3 liter. Manakala, wanita digalakkan untuk minum air sebanyak 2.12 liter. Namun, jika anda aktif bersenam atau bersukan, maka anda perlu menambah pengambilan air lebih lagi dari kadar yang biasa bagi mengelakkan dihidrasi.

18 DISEMBER INI!

BOOTCAMP SAYA NAK KERJA VOL 2

3000 TIKET PERCUMA!

https://www.empirekerjaya.com/bootcampsnk

Share This Story, Choose Your Platform!