Sebelum anda membuat satu permohonan kerja, pasti anda akan baca terlebih dahulu apa yang diiklankan bagi sesebuah kekosongan jawatan itu. Cara pengiklanan adalah berbeza antara sebuah syarikat itu. Namun, apa yang membuatkan iklan kerja kosong itu berbeza? Nak tahu selanjutnya jom baca artikel ini sehingga habis!
Sebenarnya jika anda perhatikan, dalam iklan kekosongan jawatan itu pihak rekruiter dalam sesebuah syarikat itu akan meletakkan maklumat secara ringkas berkenaan dengan kekosongan jawatan itu. Mereka akan meletakkan deskripsi kerja jawatan yang memerlukan isian tersebut. Okay, deskripsi kerja yang diletakkan itu adalah bertujuan supaya bakal pemohon menyedari dan faham akan kerja mereka itu.
Deskripsi kerja
- Tugas dan tanggungjawab yang seorang pekerja perlu lakukan sebaik sahaja mereka diterima untuk bekerja di sesebuah syarikat itu.
- Ini merupakan satu keperluan yang diperlukan oleh sebuah organisasi tidak kiralah apa jua bidang sekalipun termasuklah tahap kemahiran yang diharapkan, pengalaman dan juga kelayakan pendidikan.
- Dalam deskripsi kerja, ia juga menegaskan dan menerangkan betapa pentingnya fungsi satu kedudukan (position) dalam syarikat tersebut.
- Merupakan satu asas piawaian dalam syarikat tersebut menentukan prestasi kerja staf mereka, penyediaan pelan latihan, penyataan tugas pekerjaan dan jadual kerja.
Skop Kerja
1.Kedua-dua deskripsi kerja dan skop kerja merupakan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh pekerja sepanjang tempoh bekerja di majikan tersebut.
2. Skop kerja adalah lebih spesifik untuk kekosongan jawatan yang ada di sesebuah jabatan.
3. Penerangan kerja yang digunakan adalah bagi tujuan klasifikasi dan juga audit kerja.
Mengapa penting untuk anda tahu beza deskripsi kerja dan skop kerja ini?
Ini penting supaya anda lebih memahami apa yang dikehendaki oleh sesebuah syarikat itu dan membantu anda betul-betul bersedia memikul tanggungjawab dan amanah yang diberikan dalam sesuatu jawatan itu. Jika anda tidak tahu atau belum jelas berkenaan deskripsi kerja pasti akan menimbulkan satu masalah. Anda harus bijak dalam mengendalikan satu masalah yang menimpa terutama sekali berkenaan dengan kerja.
Nak tahu tips kerjaya lebih lanjut? Jom join Telegram Bina Kerjaya Berjaya