Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Air Perak Darul Ridzuan mempelawa calon-calon WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan serta berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf tetap/ kontrak seperti berikut:

 

Senarai Jawatan yang ditawarkan : 

1.JURUTERA GRED JA41

2.PENOLONG PEGAWAI SAINS GRED C29

3.PENOLONG AKAUNTAN GRED W29

4.PEMBANTU MAKMAL GRED C19

5.PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED J19 (LELAKI SAHAJA)

6.PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N19 (PEMBACA METER) (LELAKI SAHAJA)

7.PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W19

8.PEMBANTU AKAUNTAN GRED W19

 

Maklumat Jawatan Kosong:

Tarikh tutup permohonan :1 Mac 2023

Lokasi : Perak 

Sektor : Kerajaan 

Kelulusan Minimum : Ijazah, Diploma/STPM, Sijil, SPM/SPVM, PT3/PMR 

Status Pelantikan :Tetap/kontrak

 

Maklumat Tambahan 

*Hanya calon yang tersenarai pendek sahaja yang akan dipanggil temuduga.

*Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh akhir temuduga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

 

Cara Memohon Jawatan :

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di  Lembaga Air Perak Darul Ridzuan.

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

 

Boleh klik link dibawah untuk Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

https://lapcareer.lap.com.my/?fbclid=IwAR0oYCRD6jS0KFe_wVDmh2swILrht8aegfQlvyULeQYflcrqlJbyAn0HpqM

Share This Story, Choose Your Platform!