Pasti akan ada sahaja hari yang anda memerlukan rehat dan bersantai bersama seisi keluarga mahupun rakan-rakan iaitu pada hari hujung minggu. Hujung minggu merupakan waktu yang terbaik untuk meluangkan masa bersama tersayang. Rancanglah dengan mereka berkenaan aktiviti yang akan dilakukan dan tempat percutian anda agar masa dapat diluangkan sebaiknya bersama mereka. Artikel ini akan mengupas tempat-tempat yang sesuai untuk berkelah dan bersuka-ria. Baca selanjutnya untuk ketahui tempat menarik tersebut!

1. Air Terjun Chilling, Kuala Kubu Bharu

 

Kredit foto: tempatmenarik.com

 

Bagi mereka yang sukakan aktiviti lasak dan cabaran, Air Terjun Chilling merupakan lokasi yang sesuai untuk dikunjungi. Mengapa air terjun ini dikatakan lasak? Untuk anda sampai ke air terjun ini, anda
perlu merentas 5 batang anak sungai, mengharungi anak sungai yang terdapat batu-batu yang licin dan juga melepasi titi gantung. Namun, anda usahlah risau dengan rintangan tersebut kerana segala kepenatan
anda mengharunginya, ia sangatlah berbaloi sebaik sahaja anda tiba di lokasi tersebut kerana pemandangannya yang sungguh indah, air yang jernih dan segar beserta penuh dengan anak-anak ikan menambahkan
lagi keceriaan di air terjun tersebut.

Lokasi: Santuari Ikan Sg Chilling, Kuala Kubu Bharu.
Waktu Operasi: Jumaat-Ahad sahaja.

 

JOM DAFTAR PERCUMA 22 JANUARI INI!

>>DAH KERJA KE TU?? https://www.empirekerjaya.com/dahkerja/

 

2. Air Terjun Sungai Tua, Ulu Yam

Air Terjun Sungai Tua ini mudah untuk diakses dengan hanya menaiki kereta sahaja dimana anda tidak perlu mendaki ke sini. Terdapat kawasan air yang cetek menjadikan ia tumpuan bagi mereka yang mempunyai
anak kecil untuk mereka bermandi-manda di kawasan tersebut. Anda pasti akan seronok menikmati keindahan dengan udara yang segar dan nyaman itu.

Lokasi: B23 Jalan Hulu Yam Bharu, Batu Caves, 68100, Selangor.

3. Air Terjun Sendat, Ulu Yam

Di Air Terjun Sendat ini, terdapat 3 tingkat air terjun yang dikatan menjadi daya tumpuan dan tarikan orang ramai terutama pengunjung dari luar negara. Tahap kedalaman ketiga-tiga peringkat ini adalah berbeza mengikut
kedalam dan keluasannya. Tingkat pertama keluasannya agak luas sangat sesuai bagi sekeluarga untuk mandi-manda. Tingkat kedua pula air agak cetek dan tidak sesuai untuk berenang bagi dewasa, tetapi sangat sesuai
bagi kanak-kanak. Manakala, bagi peringkat ketiga pula, tiada halangan untuk anda berenang kerana keluasannya lebih luas berbanding peringkat 1 namun perlu berhati-hati kerana airnya yang agak dalam.

 

JOM DAFTAR PERCUMA 22 JANUARI INI!

>>DAH KERJA KE TU?? https://www.empirekerjaya.com/dahkerja/

 

4. Air Terjun Kemensah, Ampang

 

Kredit foto: harianpost.com

Apa yang membuatkan Air Terjun Kemensah ini istimewa dan lain dari yang lain kerana lokasinya yang berdekatan dengan Zoo Negara. Selepas bermandi-manda di Air Terjun Kemensah, anda juga boleh merancang untuk
berkunjung ke Zoo Negara.

5. Air Terjun Sungai Pisang, Gombak

Di Daerah Gombak, Air Terjun Sungai Pisang ini sangat popular di kalangan para pengunjung yang menetap di sekitar Gombak. Anda juga boleh melakukan aktiviti lain seperti jungle trekking dan juga BBQ di sini.

6. Air Terjun Templer, Rawang

 

Kredit foto: facebook.com

Terletak di dalam hutan simpana,Templer menjadi tumpuan orang ramai disebabkan oleh fasiliti yang disediakan di Air Terjun ini lengkap dan menepati apa yang diinginkan oleh pengunjung. Para pengunjung juga
disediakan chalet bagi mereka yang berminat untuk bermalam di situ.

7. Air Terjun Sungai Congkak, Hulu Langat

Sebut sahaja Sungai Congkak, pasti orang Selangor sudah kenal habis dengan tempat ini kerana sungai ini merupakan sungai yang popular yang sering dikunjungi oleh mereka yang menetap di sekitar Selangor. Air Terjun
Sungai Congkak ini juga dikenali sebagai Congkak Park & Resort dimana ia dikendalikan oleh Badan Pelancongan Selangor. Kawasannya yang bersih secara tidak langsung menjadikan ia antara kawasan air terjun yang
terbaik di Selangor ini.

 

JOM DAFTAR PERCUMA 22 JANUARI INI!

>DAH KERJA KE TU?? https://www.empirekerjaya.com/dahkerja/

 

 

DAPATKAN LEBIH DARI 100 JAWATAN KOSONG HANYA DI TELEGRAM BINA KERJAYA BERJAYA

>>>>https://t.me/binakerjayaberjaya

Share This Story, Choose Your Platform!