Apa yang graduan boleh buat untuk nampak lebih menonjol dalam mencari kerja berbanding dengan calon yang lain? Banyak sebenarnya perkara yang boleh dilakukan supaya anda akan dipandang dan disedari oleh bakal majikan itu. Ramai orang masih belum mengetahui teknik yang betul dan bagaimana untuk bersaing dalam mencari kerja. Mari baca selanjutnya untuk tahu lebih lagi!
- Tingkatkan kemahiran Bahasa Inggeris
Seperti yang kita tahu, Bahasa Inggeris ini merupakan bahasa antarabangsa yang perlu dikuasai oleh semua orang. Anda ingin bercakap dengan orang yang bukan bangsa Melayu, semestinya mereka tidak faham Bahasa Melayu dan akan mendatangkan kesukaran jika anda bertutur dalam Bahasa Melayu. Anda tidak boleh mengharapkan yang mereka akan faham apa yang anda cuba sampaikan kerana Bahasa Melayu bukanlah bahasa antarabangsa. Bayangkan jika anda bekerja di syarikat antarabangsa dan ada pekerja dari negara luar seperti Jepun, Cina dan lain-lain, cara untuk kita berkomunikasi dengan mereka adalah dengan berbahasa Inggeris. Mungkin anda kurang mahir berbahasa Inggeris, sebab itulah pentingnya untuk kita belajar dan terus praktis.
2. Jangan pernah berhenti cari kerja
Mungkin dalam waktu pandemik ini, ramai orang mengalami kesulitan dalam mencari kerja, ada yang dibuang kerja dan ada juga yang masih keliru tentang apa yang perlu dilakukan dalam mencari kerja di zaman yang sukar ini. Namun, ingat satu benda ini, kejayaan datang bukan datang bergolek dan ia adalah satu proses yang panjang. Walaupun mungkin anda rasa ‘down’ apabila melihat rakan-rakan anda sudah mendapat kerja idaman mereka, jangan anda terkesan dan gelisah kerana itu perjalanan hidup mereka. Anda perlu fokus dengan hidup anda dan jangan putus asa dalam mencari kerja. Rezeki Allah sangat luas. Percaya pada rezeki tersebut dan jangan berhenti usaha dan usaha.
3. Mohon kesemua jawatan yang anda jumpa bukan satu idea yang baik
Sebenarnya, jika anda sedang aktif mencari kerja, perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah kenali diri anda terlebih dahulu. Jika anda sendiri tidak kenal dan tidak tahu apa yang anda minat, bakat anda, maka anda akan dalam kesusahan. Rancang terlebih dahulu jawatan apa yang anda rasa dapat memberi manfaat kepada diri anda sendiri. Senaraikan kelebihan dan kelemahan dan buat penilaian. Minta juga pandangan kaum keluarga dan rakan berkenaan kebolehan yang anda miliki.
4. Buat satu spesifik cover letter untuk sesebuah syarikat
Cover letter ni merupakan perkara yang penting dalam mencari kerja. Ini akan tampak anda serius dalam permohonan kerja dan bukan suka-suka ingin memohon sesuatu jawatan tersebut. Ada sesetengah syarikat perlukan cover letter yang boleh menonjolkan diri anda berbanding calon yang lain.
5. Spesifikkan resume kepada jawatan yang dimohon
Pastikan anda spesifikkan resume anda bersesuaian dengan jawatan yang anda ingin mohon itu. Buang perkara yang tidak relevan dan letakkan ‘keyword’ dan pencapaian yang relevan dengan jawatan tersebut.
6. Letakkan pekerjaan selain daripada “Full-time’ dalam resume
Jika anda pernah bekerja sebagai Part-time ataupun bekerja sambilan (Freelance), jangan malu untuk letakkan dalam resume anda kerana sedikit sebanyak menunjukkan yang anda seorang yang rajin bekerja. Majikan suka!
7. Jadi diri anda sendiri
Penting untuk kita ingat, dimana sahaja kita berada, jadilah diri kita sendiri. Tak perlu copy orang lain dan cuba untuk menjdi orang lain. Semua orang ada keunikan diri masing-masing. Terokai keunikan diri anda itu dan berbanggalah dengan diri anda sendiri. Jika anda tidak buat diri anda sendiri bangga, tiada siapa yang akan bangga dengan anda. Ingat tu!
8. Belajar ‘storytelling’ apabila anda berkongsi pengalaman semasa sesi temuduga
Banyak ilmu yang perlu dikuasai dan belajarlah kerana peluang sangat banyak dan meluas. Anda hanya perlu rajin usaha dan percaya pada diri sendiri sahaja. Dalam temuduga, buat sesuatu yang ‘extra’ supaya majikan nampak dan berpuas hati mengapa mereka perlu memilih anda sebagai pekerja di syarikat mereka.
Nak tahu tips kerjaya dengan lebih lanjut?
Join Telegram Bina Kerjaya Berjaya di https://web.telegram.org/k/
MASIH KELIRU NAK KERJA APA NANTI?
PRE-ORDER EBOOK CHECKLIST KERJAYA GRADUAN KINI DIBUKA! UNTUK TEMPAHAN, SILA DAFTAR DI LINK DI BAWAH: