Pernahkah anda dengar orang mengatakan melabur emas ini boleh kaut untung? Berapa banyak untung yang boleh didapati dengan melabur emas ini? Ada tekniknya bagaimana untuk mendapatkan apa yang diinginkan. Emas memang sangat berkait rapat dengan barang perhiasan wanita kerana wanita memang sukakan kecantikan dengan memakai alat perhiasan dan kecantikan seperti emas ini. Namun begitu, emas juga ada kadarnya sendiri mengikut timbangan beratnya.

Timbangan emas perhiasan ini hanyalah beberapa gram (g) sahaja dan boleh didapati dalam bentuk
perhiasan seperti cincin, rantai, gelang tangan, gelang kaki dan juga anting-anting. Akan tetapi ada juga sesetengah orang merasakan melabur emas ini suatu perkara yang tidak begitu efektif kerana tidak tahu pada waktu bila keuntungan boleh dikaut. Mengapakah perkara ini boleh terjadi? Ini tiada kaitan dengan harga emas yang naik turun itu, tetapi disebabkan oleh diri yang masih dalam kekeliruan berkenaan dengan posisi diri anda yang sebenarnya dalam pelaburan emas.

  1. Ubah pemikiran dalam mengukur keuntungan

Perkara pertama yang anda perlu titikberatkan sebelum melabur emas adalah mengambil kira keuntungan emas tersebut dari sudut wang tunai bukannya dari sudut timbangan emas tersebut (gram emas tersebut). Dalam kata ringkas, anda tidak perlu begitu ambil peduli akan berapa timbangan emas tersebut kerana matlamat utama anda melabur emas adalah untuk mendapatkan wang tunai yang lebih lagi dari sedia ada. Andai kata, anda mula melabur dengan modal sebanyak RM60,000. Pada masa itu anda boleh membeli satu keping dinar yang berharga RM600. Katakanlah anda membeli dinar tersebut sebanyak 100 keping, maka (RM600 x 100 keping)= RM60,000.

Setelah setahun menyimpan dengan kadar tersebut, harga jual semula emas sudah naik kepada RM700 sekeping. Oleh itu, untuk mendapatkan keuntungan, anda perlu menjual kesemua 100 keping dinar tersebut dan keuntungan yang anda peroleh lebih banyak berbanding sewaktu anda melabur iaitu RM70,000 (RM700 x 100 keping). Apa yang anda perlu lakukan setelah mendapat keuntungan itu adalah mengasingkan sebanyak RM10,000 (RM70,000 – RM 60,000) daripada modal asal. Jadi maksudnya disini anda mendapat keuntungan sebanyak RM 10,000. Banyak bukan?

  1. Gunakan hanya sebahagian daripada wang sedia ada untuk melabur emas

Ya, memang benar pelaburan emas ini memberikan keuntungan tetapi janganlah anda bertindak melulu dan menjadi tamak dengan melabur semua wang dalam akaun anda demi untuk melabur emas.
Cara terbaik adalah dengan melabur sebanyak 50% daripada wang simpanan anda dan tidak mengendahkan hukum pelaburan dimana ada pepatah Inggeris mengatakan “Don’t put all your eggs in one
basket”. Oleh itu, melaburlah mengikut bajet yang anda peroleh dan berpada-padalah supaya tidak menyesal di kemudian hari. Tujuannya andai kata harga emas turun, apa yang anda boleh lakukan
ialah membeli jongkong emas supaya harga emas anda dapat dikurangkan dengan menggunakan konsep pemurataan harga.

  1. Jangan tunggu harga emas rendah, beli sewaktu ada bajet yang mencukupi

Tahukah anda waktu yang terbaik untuk melabur emas adalah semasa anda mempunyai kewangan yang kukuh dan mencukupi untuk melabur walaupun dalam kadar yang minimum, bukan pada waktu
harga emas rendah. Ini kerana anda sendiri tidak tahu bilakah waktu harga emas itu sebenarnya murah kerana emas tetap emas dan tidak akan menjadi begitu murah seperti yang disangka. Semurah-murah
emas, ia tetap menjadi suatu barangan yang dipandang tinggi oleh masyarakat kerana nilainya. Jadi, tunggu apa lagi? Beli sahaja emas kerana anda berkemungkinan mendapatkan nilai gadaian yang tinggi
jika harga emas tinggi.

  1. Pastikan anda beli emas yang mudah untuk dijual beli dan tidak cerewet dengan syarikat pelaburan emas yang sah

Dalam konteks ini, emas yang tidak cerewet bermaksud emas yang tidak jatuh nilainya walaupn sudah tercalar, bengkok dan terdapat kecacatan lain, dan anda tetap bersedia untuk membelinya walaupun
dengan harga yang tinggi. Emas yang mudah dijualbeli pula membawa maksud emas tersebut mudah untuk dibeli dan dijual semula tidak kiralah dimana lokasi kerana pengedarnya ramai.

  1. Tidak terlalu mudah menjual semula emas anda

Walaupun emas boleh dijual semula dengan mudah tetapi janganlah anda terlalu ingin menjual emas tersebut jika bukan keperluan kerana berkemungkinan besar selepas anda menjual emas itu, anda mungkin sudah
tidak dapat membeli emas itu semula dengan harga yang pernah anda beli dahulu disebabkan oleh harga emas yang tidak menentu yang adakalanya naik dan adakalanya turun. Andai kata anda terdesak memerlukan
duit, jalan yang terbaik adalah dengan memajakkan emas tersebut bukan menjualannya.

  1. Tahu bilakah masa yang sesuai untuk pajak emas

Jangan memajak emas mengikut hati anda sahaja kerana memajak emas ini bermaksud anda membuat pinjaman. Mengapa perlu membuat pinjaman jika tiada sebarang sebab yang munasabah? Anda hanya membazir
duit simpanan anda semata-mata jika anda melakukan sedemikian. Antara sebab munasabah yang anda mungkin boleh diambil kira untuk memajak emas adalah jika anda ingin mendapatkan modal perniagaan yang
yang baru sahaja ingin bermula, ingin melabur lebih banyak lagi emas pada masa akan datang dan akhir sekali atas sebab anda betul-betul terdesak memerlukan duit untuk keperluan harian anda atau kecemasan.

Sudah faham bagaimana caranya untuk mendapat keuntungan melabur emas? Jangan lengahkan lagi, gunakan ruang dan peluang yang ada dengan sebaiknya dengan memastikan kewangan anda kukuh terlebih dahulu
sebelum anda meneruskan proses selanjutnya dalam melabur emas. Jadilah pelabur emas dan pengurus wang dan yang bijak!

Share This Story, Choose Your Platform!