Semua orang pasti akan ada satu fasa di mana mereka akan rasa kurang keyakinan terhadap diri sendiri. Pasti akan akan ada waktu yang rasa seperti itu dan ia adalah normal. Yang menjadi tidak normal dan mendatangkan masalah itu adalah apabila rasa kurang keyakinan itu boleh memakan diri sendiri. Ini yang bahaya dan kita perlu elakkan. Sikap dan lumrah seorang manusia ini memang tidak tentu namun kita harus mengawalnya dari menjadi lebih teruk. Apa yang boleh dilakukan untuk tingkatkan tahap keyakinan?
- Membaca dan belajar sesuatu yang baru setiap hari
Banyakkan membaca, tidak kiralah dalam bidang yang kita minati ataupun tidak. Ambil tahu dan perlu tahu kerana sikap ambil tahu itu menunjukkan kita prihatin. Tidak perlulah kita tahu setiap apa yang berlaku di pelosok dunia. Pernah dengarkah orang tua pernah berkata andai kita banyak membaca, lebih banyak yang kita tidak tahu. Maksudnya di sini, akan ada banyak perkara yang tidak diketahui.
2. Guna bahasa tubuh yang meyakinkan
3. Guna tona suara yang betul
Ini sangat penting dalam berkomunikasi. Tona suara yang betul itu akan memberi impak yang agak besar apabila anda bercakap dengan seseorang. Pastikan anda menggunakan tona suara yang betul apabila bercakap dan penting juga untuk anda tahu demografik seseorang itu supaya mesej yang disampai lebih jelas dan mudah difahami.
4. Jangan bandingkan diri dengan sesiapa
Semua orang ada kelebihan dan kekurangan diri masing-masing. Mereka ada daya keunikan mereka yang tersendiri. Keunikan mereka tidak sama dengan anda kerana anda sendiri juga ada keunikan anda yang tersendiri. Fokus kepada kelebihan anda dan mantapkannya. Berkenaan dengan kekurangan itu, cari jalan bagaimana untuk anda meningkatkan atau memperbaikinya. Ini penting supaya seimbang kelebihan dan kekurangan yang anda ada itu.
5. Sayang pada diri
Sentiasa utamakan diri anda terlebih dahulu. Jika anda ingin orang lihat anda sebagai seorang yang teratur dan disiplin, maka anda perlulah mempunyai disiplin diri yang tinggi. Untuk berjaya, anda tak perlu ubah masa depan anda kerana tiada siapa yang akan tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Lakukan sekarang dan ubah habit anda. Mula tanamkan sikap dan juga mindset yang positif dalam diri. Setiap pagi, saat anda bangun sahaja dari tidur, cakap pada diri anda sendiri (di depan cermin) yang anda boleh buat yang lebih baik dari hari semalam. Ini menunjukkan yang anda sayang pada diri anda dan ingin melakukan perubahan yang positif.
6. Mula menulis atau membuat jurnal
Ada perumpamaan Bahasa Inggeris ada mengatakan ” If you don’t understand, then read. If you are indespair, then write”. Maksudnya di sini, membaca dan menulis ini memang tidak boleh dipisahkan. Banyakkan membaca dan menulis apa yang dibaca. Secara tidak langsung, ini dapat meningkatkan kefahaman anda terhadap sesuatu perkara dan membuatkan anda lebih produktif. Paksa diri untuk membaca sekurang-kurangnya 1 artikel atau jurnal setiap hari. Tingkatkan pembacaan itu dari semasa ke semasa. Beberapa minggu selepas itu, anda akan perasan perubahan yang anda sendiri tidak sangka.
Nak tahu tips kerjaya lebih lanjut?
Jom join Telegram Bina Kerjaya Berjaya