Dalam hidup ini, kita akan berjumpa dengan bermacam perangai manusia, ada yang baik, ada yang tikam belakang dan macam-macam. Semua bergantung kepada diri kita untuk memandang suatu perkara itu sebagai positif atau sebaliknya. Jadikanlah setiap orang yang kita jumpa itu sebagai pengajaran untuk kita. Pasti ada hikmahnya mengapa semua itu berlaku. Jika anda pernah rasa seperti terlalu banyak sangat ujian dan cabaran yang anda perlu tempuhi..Percayalah, ujian itu yang akan membuatkan anda menjadi lebih kuat dan tabah dalam menghadapi segalanya.

  1. Semua orang diuji dengan cara yang berbeza

Dalam hidup ini, tipulah kalau dikatakan kita tidak pernah diuji dengan pelbagai ujian dan musibah kerana itulah lumrah kehidupan. Semua orang diuji tetapi janganlah anda menjadikan itu sebagai penghalang
kepada niat anda dalam perniagaan. Bukan anda seorang yang merasakan seperti itu. Setiap cabaran yang dihadapi perlu dihadapi dengan tenang dan mencari jalan penyelesaiannya. Anda sendiri yang perlu kawal
emosi anda apabila berdepan dengan segala macam cabaran. Anda perlu ingat apabila anda sudah memulakan bisnes, pasti anda diuji dengan pelbagai ragam pelanggan dan perkara itu biasa. Apa yang anda harus lakukan
ialah sabar dan berikan servis yang terbaik bagi memenuhi kehendak pelanggan anda.

  1. Semua orang mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri

Sifat manusia ni memang suka lihat kejayaan orang tetapi bukan semua yang senang lihat kejayaan tersebut. Pasti ada sahaja kata-kata yang kurang menggembirakan dikeluarkan oleh sesetengah orang yang tak senang
dengan kejayaan tersebut. Orang seperti ini perlu dihindar secepat mungkin kerana mereka ada sifat hasad dengki. Sentiasa ingat bahawa setiap orang mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri. Apabila anda lihat
seseorang itu berjaya dengan jayanya dalam bisnes, anda perlu jadikan orang tersebut sebagai contoh anda dan model kerana telah membuktikan tiada apa yang mustahil dalam hidup ini. Jika hendak seribu daya, tak nak
seribu dalih. Itulah mutiara kata yang sering dikatakan oleh nenek-moyang kita dalam mengingatkan kita tentang kejayaan. Kenali diri anda, apa yang anda minati dan terus lakukannya sehingga anda berjaya.

  1. Ajar diri untuk lebih bersyukur dan besederhana

Walaupun anda melakukan perniagaan dan mendapat banyak untung, anda perlulah sentiasa bersikap rendah diri dan beserdehana dalam berbelanja. Ingatlah bahawa kekayaan yang anda dapat dalam perniagaan anda
juga merupakan ujian. Anda mungkin kaya sekarang, tapi jika anda tidak berbelanja secara sederhana maka akan mendatangkan kesan yang buruk pada diri anda dan perniagaan anda pada masa akan datang. Dalam
Islam juga mengajar kita untuk sentiasa bersikap sederhana dan bersyukur dengan apa yang ada. Belajar bersyukur dengan apa yang anda ada sekarang.

Nak tahu tips lanjut? Join Telegram Bina Kerjaya Berjaya

https://t.me/binakerjayaberjaya

Share This Story, Choose Your Platform!